Thursday 22 October 2015

Sepuluh Jari Itu Membinasakan


Mendongak. Melihat langit. Luas terbentang alam ciptaannya. Turutan kolaborasi persembahan makhluk kecil itu. Juga ingin berbahagia. Mendambakan kasihNya. 
.
Sekilas pandang. Terlintas difikiran. Andai kita seperti mereka. Bergerak bersama. Mengharungi hari-hari mendatang. Tanpa ada sifat dendam. Tanpa mengenal erti cemburu. Tanpa kenal erti lelah. Mencari makanan. Meski disedari. Mereka buruan yang lebih agung diatas rantaian makanan. Itu, sekadar fitrah mereka.
.
Berbeza dengan kita. Fitrah istimewa. Diantara makhluk ciptaannya. Bersejarah. Penuh kisah suka. Lagikan duka. Ingin disayangi. Juga menyayangi. Mampu buat itu. Boleh buat ini. Oh, specialist sungguh.
.
Hakikatnya, ada satu masa. Oh, pelik sungguh. Sikap specialist ini juga. Mampu merosakkan! Mampu menghancurkan! Mampu membinasakan. Hatta menyedari diri tidak sempurna. Lantas mencari meronta mencari nama. Motif?
.
Jangan disangka. Berbekalkan sepuluh jari. Mampu membinasakan dunia. Mampu merosak kesucian agama. Mampu meruntuhkan murninya bangsa.
.
Ya, apa yang kau lihat pada hari ini. Kehancuran yang berlaku di sana sini. Kemelut propaganda itu dan ini. Datangnya daripada sifat sepuluh jari ini. Disalahgunakan! Oleh kerana rakusnya kita.
.
Foto dicuri dari Soft Grunge
Catatan FK
4.44 p.m
5 Ogos
2015
Load disqus comments

4 comments